Saturday, November 28, 2009

Halal Enquiry : Starbucks

Baru2 ni ada terima email tentang status halal starbucks. Jadi bagi menghilangkan keraguan, aku terus email pada starbucks & usha website jakim utk dapatkan kepastian. Info berguna untuk peminum starbucks msia, ini email reply drpd starbucks terhadap pertanyaan aku tentang emulsifier dsb. *hanya untuk yang makan & minum di starbucks saje*

*reply from halal enquiry starbucks
From: Halal Enquiry
To: intan.mdrahim@yahoo.com
Sent: Monday, November 23, 2009 10:52:31
Subject: HALAL

Hi Miss.Intan Baizura ,

Greetings from Starbucks Coffee!

Thank you for highlighting your concerns without prejudice to us and giving us the opportunity to clarify matters.

At Starbucks, we have taken many steps to provide our customers anywhere and everywhere the satisfaction of every single cup.

As highlighted in your correspondence, please be rest assured that all beverages and food offered at Starbucks Coffee stores in Malaysia are safe and appropriate for Muslim consumption as we are certified Halal by JAKIM. You are most welcomed to go to JAKIM’s official website (www.halaljakim.gov.my) to look for our listing or you may use the following hyperlink – http://www.halaljakim.gov.my/directory/index.php?lang=&PHPSESSID=d6cfc763e2b6ddd2d1e159af981e55d7

In answer to the email which you have received that has been circulating indiscriminately, the Universal Beverage Base used for Starbucks Frappuccino® Blended Cream (vanilla, chocolate, caramel and green tea) is safe for Muslim consumption as it contains mono-and diglycerides (E471) derived from soybean oils. The cherries mentioned in your email are not a product that we offer in Starbucks as our Raspberry Frappuccino® Blended Tea is derived from juices that are extracted from various berries mixed with brewed tea and our tiramisu cakes do not contain any alcohol.

Attached herewith is also an article published in Kosmo (dated 7 April 2008 & 8April 2008) that you may find helpful. We hope the above explanation together with the media article have helped relinquish any doubts that you may have towards our products previously.

Once again, thank you for writing to us and we welcome any comments for us to further enhance your Starbucks Experience at our stores.

We look forward to serving you your favorite cup of coffee for many years to come.

Have a “Grande” Day!

Best regards,

nurnadia noordin

F&B department

Halal committee

Store coffee master

direct line: 603-2052 5838 I hunting line: 603-2052 5888

fax: 603-2052 5889 I email: halalenquiry@starbucks.com.my




isuzu aizu : aku mungkin bukan peminum tegar starbucks coffee, tp kdg2 tu layan jugak javachip frappucino di kala tensi2 berbuat kerja, balik keje singgah sebentar di cafe maju junction. adik2 pun kadang2 teringin, apelagi zass ke jusco bukit tinggi. bosan2 menunggu di airport, kite minum dulu. mai secawan *woops! remy ishak dlm iklan coffee radix*

Labels: , ,

Tuesday, November 17, 2009

satu kawasan di bukit berbatu

Sejak akhir2 ni sangat selalu bermimpi bila tidur malam. Ada yang baik, ada yang menyeronokkan, ada juga yang mendebarkan. Amat jarang bermimpi sedih ataupun ketakutan, mungkin itu lebih baik. Takut2 menambah stress pula di kepala :D

Memandangkan sangatlah jarang dapat update blog, rasanya tak salah nak share cerita mimpi ni, sebabnya malam tadi pun bermimpi sedang beraktiviti outdoor bersama keluarga, kira ngamlah dengan tagline blog ni, jalan2 melihat alam :D

Tak berapa ingat timeline cerita, tapi part yang teringat bila bangun tidur tu, kami sekeluarga, dengan mama dan abah (adik beradik yang lain tak perasan ada ke tidak) sedang meniti batu2 di kawasan berbukit berwarna merah. Mungkin sepeti bukit batu di Ayers Rock di Uluru Utara Australia, kami sedang meniti di puncak, sesekali seperti mahu terjatuh kerana batu terjatuh, tapi kami dapat teruskan ke hujung dan turun semula. Di hujung bukit merah tu terdapat susunan tandas dan tempat persalinan baju (aku tatau kenapa ade tandas kat tmpt mcm tu. haha) . Kami lepak di situ, tapi seperti ada ancaman di atas bukit sana dan abah suruh kami stay saja di dlm bilik persalinan sementara abah balik ke atas bukit. Cerita yang diingat cuma sampai di situ. *jadi apa motif aku cerita pasal mimpi ni? takde motif*

(gambar hiasan : di ambil drpd wiki) - lebih kurang macam ni la suasana bukit berbatu merah tuh

-ok ni gambar daripada kamera aini, masa jalan2 di flinders ranges outback last year autumn. suasana sebelum magrib-

Oh, sebelum2 ni pun aku ade bermimpi hal2 gembira seperti aku terima jemputan utk ke majlis walimah seorang kawan di adelaide, nyatanya dia masih bujang, mungkin seruan untuk dia mula mencari?! mungkin jugak :D

Pernah juga termimpi hal di tempat kerja , sampaikan pengurus di tempat kerja pun boleh masuk dalam mimpi, bak kata abang awang, mungkin juga aku stress di tempat kerja. *oh, setakat ni tiada masalah dgn suasana kerja dan orang2nya, mungkin hal2 lain*
-berada di atas bukit. sekitar wilpena pound, flinders ranges. dalam mimpi tu meniti batu kat atas macam gambar ni lebih kurang, tapi lebih merah dan bukit tu batu semata2, tiada tumbuhan lain langsung-

-mungkin juga faktor aku baru pulang dari cameron driving membawa mama, nenek, adik2 dan kawan dr sijangkang-brinchang, brinchang sijangkang menyebabkan mimpi tersebut muncul dlm tidur malam tadi. mungkin juga susunan tandas dan bilik persalinan yang banyak di hentian RnR Tapah membuatkan aku bermimpi tentang tandas di hujung bukit batu merah tersebut -

Macam mana pun, mimpi tetaplah mimpi kan. Mainan tidur. Cuma mungkin ada ulasan dari pihak psikologi tentang mimpi2 tu.
-cameron highland, view from equatarial hotel brinchang-


isuzu aizu : jalan2 di cameron highlands mmg menyeronokkan. tak jemu2 untuk pergi lagi dan lagi. fulus saje yang tak mengizinkan :D

Labels: , , , , ,

Wednesday, October 28, 2009

tell me how can I be so motivated when there is no hope?!

Labels:

Wednesday, October 21, 2009

one-month-old

hello everyone :) (shabu's babies, 2009)








Labels: , ,

bimbang?

..bimbangkan hari esok yang tak pasti, bukankah Allah itu satu-satunya tempat pergantungan yang selayaknya oleh hamba-Nya yang jahil, samar tidak nampak yang di depan.

Labels:

Saturday, August 01, 2009

kegilaan bunga inggeris

percubaan menggubah bunga inggeris dengan kos rm 100++



hadiah daripada kami anak2 untuk ulang tahun perkahwinan abah & mama yang ke 32 :)

Labels: ,

Monday, July 20, 2009

hepi besdei aini dan hijaz :)


hijaz, largs bay 2008

ainishamsi, hahndorf 2007

isuzu aizu: i rindu la kat u ols :P

Labels:

yang bertangan panjang

aku yang bertangan panjang, atau lengan baju itu yang pendek?
aku yang bertangan panjang, bila aku membeli t shirt muslimah aka tshirt labuh ke lutut
aku yang bertangan panjang, bila tshirt2 itu dipakai semuanya tak melepasi piawai menutup aurat
aku yang bertangan panjang, bila tshirt berlengan panjang itu jadi tshirt 3 quarter di tangan aku aku yang bertangan panjang, bila tshirt yang sepatutnya labuh ke lutut tak pernah cecah lutut aku
aku yang bertangan panjang, aku sangka aku tersalah memilih saiz ketika mula membeli nya 4 tahun lalu
aku yang bertangan panjang, rupanya sekarang beli yang baru pun tak panjang2 kat tangan aku
aku yang bertangan panjang, tak dapatlah melaram t shirt muslimah selalu
aku yang bertangan panjang, bukan setakat tangan je panjang, tapak kaki pun panjang
aku yang bertangan panjang, bersyukurlah seadanya tak ku minta dilahirkan begini

aku : cam takde kene mengena dengan orang2 lain , nih kes aku susah hati kalau nak beli tshirt muslimah labuh2 ni, tapi bila orang bagi hadiah kita terima je la kan :|

Labels:

Tuesday, April 28, 2009

Tak boleh senyum sesuka hati

Setelah beberapa lama kembali ke tanah air ( 8 bulan), berlaku beberapa 'kejutan budaya' pada aku. Aku panggil kejutan budaya sebab aku dah terbiasa membudayakan beberapa perkara dalam kehidupan seharian semasa zaman belajar dulu2 (ni dah kes self esteem yang abg awang cerita kot. haha).

Satu perkara yang aku agak terkesan adalah budaya senyum ramah pada sesiapa yang dijumpai/ terserempak/ tertembung mata/ dll.

-Gambar hiasan-
Antara event pelik di Adelaide, Odd Socks Day (nampak tak stokin gantung2 tu? takde la pelik sangat stokin tu pun, macam koleksi stokin kecik yang aku beli banyak2 kat Giant 99sen tu je.


Kes 1 :

Aku pulang kerja , lalu lalang depan bangunan berhampiran medan tuanku, dalam letih2 jalan menunduk tu, aku angkat kepala dan terpandang seorang pakcik mana ntah, aku secara auto senyum sikit dan mamat tuh terus bersuara 'hai , sorang je dik?' duuuhh!! aku terus belah laju2 naik monorel.

Kes 2 :

Aku sedang order kebab cucuk kat Kedai Amza depan sijangkang untuk family, jadi sangatlah lama menunggu aku pun duduk kat meja. Sambil2 berfikir (baca: berangan / melayang kot), aku macam pandang depan dan sedikit senyum tanpa sedar, aku terpandang seorang mamat yang baru selesai meng'order' dan berjalan ke kerusi meja untuk duduk menunggu. Dengan tak semena2 laki tu usya lama 'gilerrrr' sambil senyum gatal (ngeri ok!) aku pun terus lah berbuat tak tahu dan memandang tv di atas kaunter tu sambil sambung berfikir. duuuhhh! ngeri la orang ni, nasib baik ada abah tunggu dalam kereta di tepi jalan tu. ngiaaaa~

Kes 3 :

Kisah ni 2 tahun sudah masa aku balik bercuti sebulan summer dan balik semula ke adelaide untuk summer school yang penuh 'pancaroba'. huahuahuahua. Sambil tunggu kakak aku di luar MPH Mid Valley, ada seorang pakcik berbangsa india dalam umur 40an menegur aku. Mula2 dia bertanyakan tempat makan di tingkat mana, aku dengan lurus menjawab tanpa sebarang syakwasangka. Dia kelihatan seperti menunggu anak isteri yang sedang shopping, aku pun kurang dengar apa yang dia cakapkan. Kemudian pakcik ni berbuat ramah dan mengajak bersembang, memperkenalkan diri sebagai 'Jeff' (gila playboy nama. haha). Sembang punya sembang, pakcik ni minta contact no, aku sangkakan sebagai networking la kan, sebab perbualan kami lebih kepada hal2 study dan dunia pekerjaan. Lalu aku berikan contact di Adelaide (sbb 2 hari lagi nak balik adelaide) dia pun terus meminta contact di malaysia. Aku cakap lah tak ada no mesia, dia 'insist' nak minta no rumah yang membuatkan aku curiga, eih pakcik ni apekedehal nak call aku kat mesia, aku nak balik adelaide dah pakcik oii. Dia terus berikan no contact dia, dan aku pun buat2 simpan no dia dalam telefon. Agak2 setengah jam bersembang dan kakak aku pula tak muncul2 dari MPH, aku dah gelabah gila dan bagi alasan nak belah dulu. Sekali lagi pakcik ni ingat kan aku untuk call dia bile2 yang menambah kan lagi kengerian aku. Nasib baik lepas tu aku tak jumpe dah pakcik tu sebab dia pergi ke tempat makan yang aku tunjuk tadi.

Yang jadi alkisahnya bila pagi aku sampai adelaide kul 7am local time (msia 5.30am lebih kurang). Turun je dari flight aku cuba hidupkan hp dan terima call dari anonymous. Aku dengan yakinnya menjawab, sangkakan abah call nak tanya dah sampai ke belum ( haha takdanya abah semangat bebeno nak call aku kul 530 pagi tuuu). Rupa2nya pakcik gatal tersebut call dan bertanyakan khabar etc2. Aku jawab aku sibuk dan dia kata akan call semula bila dah tak sibuk. Sudahnya, dalam sehari tu ada lah dia call 3-4 kali tapi semuanya masa aku tengah beratur naik bas lah, tengah kat CM beli barang dapur lah, tengah jalan kat tengah2 city lah, tengah berdiri dalam bas yang penuh orang lah dan macam2. Jadi dia tanpa berputus asa terus call aku untuk beberapa hari dan aku akhirnya mencari jalan macam mana nak hentikan dia daripada terus mengacau aku.

Akhirnya bila dia call, aku cakap, jangan ganggu aku lagi, nanti boifren aku marah! Dia terkejut dan menyangkakan aku nih single mingle terus kata, ' laa i ingat u single, i want to be friend with u, i tak sangka u dah ade boifren, tp, tak boleh ke i want to be friend with u?' Bungukus! 'Oh, sorry, tak boleh mr jeff. Saya sangka cuma nak buat networking , if my bf find out, habis saya kena marah' (haha ok bayangkan nada yang tegas ye, bukan gedik macam yang aku selalu buat tu :P). Lepas daripada tu terus dia tak contact. Tapi lepas beberapa hari, aku dapat panggilan ano lagi, aku sangkakan abah, rupanya pakcik gatal tersebut, aku angkat je phone, terus dia cakap' I love u, I miss u, I want to be friend with u, .........' aku tak sempat dengar butir yang lain, aku terus putuskan panggilan. huuuu ngeriiiiii. dia call lagi, aku tak pernah angkat, dan akhirnya aku terus menukar nombor baru kepada 'three prepaid' dan mengucapkan selamat tinggal kepada nombor optus yang aku pakai dari first year tersebut. pheww~

Kesimpulannya, memanglah tak boleh nak senyum sesuka hati/ atau terlebih peramah di tanah air sendiri. Senyum2 dengan makcik2/kakak2 / adik2 takde hal. Lagi banyak kita senyum, lagi ramai orang suka (kottt, kalau ada yang dengki tu tak boleh nak cakap apa lah kan. hehe). Ada lagi beberapa kisah yang lebih kurang macam 3 kes di atas, tapi cukuplah 3 tu untuk jadi contoh dan peringatan pada aku supaya tidak main suka2 saja beramah mesra lebih2 lagi dengan orang lelaki yang tak dikenali. Oz memang lain lah kan,ber jalan2 dalam hutan rekreasi terserempak sekumpulan mamat2 hensem pon meraka tegur dan senyum kat kita sebagai acknowledgement, sambil beritahu kita, 'di dalam sana ada air terjun yang sangat best, enjoylah korang'. Duduk2 tunggu bas pon boleh sembang2 dengan pakcik italian bercerita tentang hidup sihat tanpa dadah, minuman keras dan judi. Berdiri dalam bas ke uni tiba2 seorang mamat muslim ni(bosnian kalau tak silap) bangun dan beriya2 bagi salam dan suruh kita duduk kat tempat dia (wahhh, protektif bangettt dehh) -haha selalu je terserempak ngan brother ni naik bas 230/232, kadang2 terjumpa di tengah rundle mall pun dia akan pergi dekat2 kita dan bagi salam ' assalamualaykum sister!'

Oh ye, bercerita tentang bosnian, Mustafa adik ipar pada kak Maisarah yang kerja pilot dan part time kat starbucks glenelg (yang dah tutup) yang hensem tu pun selalu saja kalau terserempak bagi salam dan angguk hormat. (hahah hal ni takde kena mengena sebenarnya, cuma nak bagi aini jeles. haaahaha). Kalau yang muslimah tu memang lah, pantang nampak orang bertudung, mesti mereka akan beri salam kalau jumpa di mana2. Ehe, syok pulak bercerita. Sebenarnya bukan nak membanding beza, cuma ingin berkongsi cerita tentang budaya baik di negara omputeh yang sungguh tak ishlamik tu. Jadi untuk peringatan diri sendiri, berpijak di bumi nyata, kalau kita nak kan sesuatu perubahan, mulakan dengan diri sendiri. Aku kena beramah dengan orang selalu, banyakkan senyum (dengan orang2 yang patut sahaja), ringankan mulut memberi salam, dan macam2 lagi langkah yang boleh dimulakan oleh diri sendiri. Usaha yang murni & baik insyaAllah akan diberkati Allah :)
-Lagi gambar hiasan-

Gambar tunggal aku bekerja di Swinging Bowl (captured by Kak Aini, ehe kak, mesti ko ingat kan kenapa aku tersengih2 excited time tuh :P). Kenapa saya suka bekerja di Swinging Bowl? Sebab hari2 saya dapat jumpa macam2 orang dan dapat beramah mesra dengan mereka :D Saya juga dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi orang Malaysia di Adelaide, termasuk mereka yang bekerja dan bermastautin di sana. ^_^

Tidak rugi kita berakhlak mulia
Malah Allah lebih2 lagi suka
Beradab sopan kita sentiasa
Mari bersama mengamalkannya

Kepada Allah beradab kita
Moga mendapat keredhoannya
Sesama insan jangan diabaikan
Baru tercetus kasih dan sayang
Kasih sayang

Dengar selalu pesanan ibu
Perhatikan pula nasihat ayah
Agar beroleh berkat hidupmu
Di dunia dan di akhirat sana

Beradab sopan sesama insan
Beramal soleh juga bertaqwa
Tiada lagi yang lebih berharga
Dari mendapat kasih, kasih sayangNya
Beradab sopan!

Ok ni nasyid yang aku dengar zaman di smka kuala selangor dulu, tajuk dia beradab sopan kotttt. Ada seorang budak ni nyanyi, budak tu kiut miut tak ingat pula apa nama dia, fakhrul kot. hentahhh~ (aku main taip je lirik dia yang aku ingat, tatau aa betul ke tak. haha)

isuzu aizu : Antara perkara yang paling membahagiakan di pagi2 hari adalah dapat berbalas senyum dengan pak guard & mak guard yang duk tercongok kat lobby medan mara. senyuman mereka sangatlaaaa membahagiakan pagi2 aku yang sugul dan mengantuk. Seterusnya barulah dapat masuk ke pejabat dengan muka yang ceria sambil memberi salam kepada officemate2. (diorang nak buat tak tahu ke, berbuat pelik ke, pandang sepesen ke, terhenti bergosip ke, kisah apa aku. ngeh!)

Labels: , , , ,

Friday, March 27, 2009

Saya bukan orang KL.

Lokasi : Depan Wisma Genting, simpang Jalan Sultan Ismail off Jalan Raja Chulan KL (turun dari stesen monorel Raja Chulan)
Masa : 6 lebih pm
Hari : working days
Aktiviti :Tengah berdiri macam pak pacak tunggu kereta abah..

Situasi 1 (bbrp minggu lalu)

Encik Indonesian yang kacak : Excuse me, where is Sungei Wang?
Gue : err, sorry I'm not sure, sir..
Encik Indonesian yang kacak : Oh OK, terima kasih. (dia lalu lalang depan aku dan kemudian melintas ke seberang jalan)


Situasi 2
(petang tadi kot)


Encik Bawak-Beg-Macam-Datang-Dari-Kampung : (mula2 dia usya2 je, lama gak, aku dah cuak terus keluarkan handphone berbuat mendengar mp3)
Dik, tumpang tanya, macam mana nak ke Puduraya?

Aku : (puduraya? aa? pudu jail? itu je yg aku terbayang. har3) err, maaf saya tak pasti, cuba tanya orang lain, tanya pak guard tu ke (sambil tunjuk kat pak guard wisma genting)
-pastu dia jalan slow2 pandang kanan, pandang kiri, membaca2 papan tanda, dll, bbrp minit lepas tuh aku tak nampak dia dah..

Ok. Hancus sungguh kalau tanya kat aku direction kat area KL nih. Bila lepas tu aku tanya abah, baru la abah kata, 'laaa, sungei wang depan ko ni lah, lintas jalan depan sikit, kat situ la area sungei wang, lowyat, dll. depan ni kan ade star hill etc.'

daaaa~ mana la aku tau, pergi ke lowyat pon aku tak pernah (pengakuan jujur lagi berani, huahuahua), apetah lagi sungei wang apekemenatangnye tempat tuh. huhuhuh. bintang walk memang pernah pergi, tapi naik kete abah parking kat area metrojaya (eh wujud lagi ke Mj tuh ek? aku pegi jalan2 bintang walk last skali ngan family masa aku kat intec kot) , Berjaya Time Sq pon penah pergi 2 kali, tapi naik monorel turun kat stesen imbi, mana nak tau jalan2 bawah nih.


Sekarang ni pun, yang aku reti, naik monorel dari medan tuanku rm1.20 ke stesen raja chulan, lain2 stesen tak reti. haha. Abah kata tunggu kat wisma genting, tunggulah kat wisma genting. Dengan keadaan jalan yang sesak gile balik kerja tuh, takde maknanya kalau aku nak merayap ke shopping2 complex berdekatan. Kalau abah lambat, berjalan lah ke ofis abah di jln raja chulan (kalau abah lambat abes meeting, sempat jugaklah merayap ke The Weld, boleh jenguk2 Reject Shop & Elle, weihhh Elle kat The Weld tgh offer gile2 smpi >70%).

Ok, kembali kepada cerita asal, sebenarnya aku kesian kat orang2 yang bertanya kat aku ni, bukannya aku tak nak jawab, tapi memang aku tak reti kat mana, kalau aku tau tempat tu kat mana, sure aku orang yang paling bersemangat sekali nak tunjuk arah. ahaha. sedangkan hari2 balik tunggu abah depan pavilion pun aku macam tak sedar, hari2 dok tengok je la kat dinding2 pavilion tuh tulis discount 70% kat Tangs lah, ape tah lagi, ntah bile nye nak masuk ke dalam, oh ye, pengakuan ikhlas lagi, aku pernah pergi pavilion sekali je, itupun dengan family, abah parking kat dalam, kami turun beramai2 semata2 untuk membeli donut jco dan kemudian belah ke tempat lain. hahahha.

Jadi, betapa jahilnya aku tentang selok belok di KL, apetah lagi liku2 kehidupan di KL, tambah dengan betapa paranoidnya aku dengan crowd di KL (hasil daripada berita2 ngeri dan pengalaman diragut), aku sendiri tak pasti bila lah agaknya aku akan membiasakan diri dengan kehidupan kota. (mak aihhhh, nih culture shock niiihh). Aku yakin, hidup mesti diteruskan, iAllah aku akan cuba survive. (tapi aku tak sukeeeee bandar KL okkkk! hectic! T_T)


isuzu aizu : actually nih kes aku takde 'kaki' lagi nii.. nantila kalau aku dah ade 'kaki' sendiri, panjang laaa langkah aku, semua ceruk kl ni aku redah! -setakat ni area kl yang aku tau cuma area jalan tar & jalan kaki from ofis abah ke klcc lalu area2 Aloha, Modesto's , situ retilaaaa.

Labels: , , ,